Wednesday, September 7, 2011

Itulah Jalan Ilahi

Assalamualaikum WBT

Dalam kesibukan ber'assignment', saya tetap tekad untuk singgah ke laman blog untuk menulis sesuatu. Bila dpt menulis sambil mendengar muzik di blog ni, jiwa terasa tenang.

Hati tiba-tiba teringat dengan kata-kata yang pernah dikongsi oleh seorang teman rapat. Kata-kata yg cukup mendalam maknanya dan penuh dengan pengajaran.

Aku minta kepada Tuhan...
Setangkai bunga segar...
Dia memberi kaktus berduri...
Aku minta kupu-kupu...
Diberi ulat berbulu...
Aku sedih dan kecewa...
Namun, kemudian kaktus itu berbunga indah sekali...
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik...
Itulah jalan Ilahi...
Indah pada masanya...
Sesungguhnya Allah tidak memberi apa yg kita harapkan...
Tapi memberi apa yang kita perlukan...
Kadangkala kita rasa sedih, kecewa, terluka...
Tapi jauh di atas segalanya...
Dia sedang mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita....






Benar, setiap makhluk yang bergelar manusia itu pasti melalui ujian dalam hidupnya. Tanpa ujian yang datang mengundang, hati-hati manusia pasti akan lupa dan leka. Hati-hati dicemari dengan debu-debu keduniaan yang menjadi medan nafsu dan syaitan laknatullah. Maka Allah yang Maha Mencintai hambaNya menurunkan ujian sebagai peringatan kepada manusia yang beriman tentang hakikat "Innalillahi Wainna Ilahirajiun", iaitu bahawa sesungguhnya dari Dia kita datang, dan kepada Dia jua kita kembali.

Di saat seorang anak perantau melangkah masuk ke rumahnya di kampung tempat dia membesar, seakan-akan suatu aura ketenangan hinggap di hatinya. Setelah beribu-ribu batu merantau jauh dari tempat asalnya, maka setelah dia kembali, seolah-olah penat lelat merantau itu hilang. Begitulah jua bagi insan yang sudah merantau jauh dari jalan Allah yang haq. Tiada ketenangan baginya melainkan dia kembali kepada fitrahnya iaitu kembali kepada asalnya, iaitu kepada Allah.

Benar, setiap insan itu pasti melalui ujian yang berbeza-beza mengikut kepada kemampuannya. Allah SWT berfirman,

"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kemampuannya, dan di sisi Kami ada kitab yang membicarakan kebenaran dan mereka tidak dianiaya" (Al-Mukminun;62).

Janganlah sesekali kita merasakan bahawa sudah tiada harapan bagi kita. Kerana semua ujian itu, pasti mampu untuk kita atasi. InsyaAllah.Soalnya, sama ada kita mahu atau tidak. Kalau mahu, pasti Allah akan ada membantu. 
Di sini, ingin saya kongsikan satu video yang banyak memberi inspirasi kpd saya dan ramai lagi sahabat-sahabat yg lain. Watch it ya.=)




Teman-teman dan sahabat sekalian, 

Apapun yang kita hadapi dalam hidup ini, berusahalah untuk sabar dan ikhlas. Kadang-kadang kita seringkali merasa tidak mampu untuk menghadapi ujian hidup. Bahkan banyak pula yang tidak menyedari bahawa nikmat dan ujian itu datang dari sumber yang sama iaitu dari Allah, pemilik seluruh jiwa-jiwa manusia dan penguasa seluruh hati-hati manusia. Dialah Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa. 

Ketahuilah, jika hakikat yakin sudah sempurna pada diri seorang hamba, ujian baginya adalah sama dengan nikmat, dan kelapangan adalah sama dengan musibah. 
Buat saudara-saudaraku yang di saat ini sedang dilanda ujian, apa jua bentuk ujian, bergembiralah dan bersabarlah.

Bergembira kerana Allah SWT masih lagi peduli dan sayang akan kita, untuk itu memberikan ujian agar kita lebih bijak, kuat, dan lebih mulia sebagai seorang manusia dan juga sebagai seorang hamba. 

Ingatlah ketika Allah SWT berfirman, 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman , sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(Al-ankabut:2)

Oleh itu, sama-samalah kita tekadkan iman di hati, kuatkan semangat di dalam dada, untuk terus meniti kehidupan ini dengan penuh rasa redha dan syukur akan rahmat ujian yang telah diberi. Tiba-tiba teringat lagu Rahmat Ujian.Layannnnn.
.



Alamak, assignment banyak lagi. hehe. Chow and Assalamualaikum.






No comments:

Post a Comment