Monday, August 15, 2011

Jangan bermain dengan harapan

Tatkala merenung kembali peristiwa lama, hati saya terasa begitu hampa. Harapan yang diberikan cukup tinggi sehinggakan pabila satu ketika ia hancur dengan sekelip mata. Jiwa ini terpinga-pinga dek sebab mengapa semua ini berlaku sekelip mata. Harapan yang diberikan tinggi menggunung seolah2 tidak akan runtuh lagi. Tetapi, akhirnya ia patah umpama dahan kayu yang rapuh ditiup angin. Sudah begitu banyak pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan, namun ia tidak terbalas. Mengapakan ada insan yang begitu mengambil mudah soal harapan terhadap hati seorang insan. Hati manusia bukanlah alat mainan yang boleh dimainkan di saat kebosanan dan dibuang di saat ada mainan yang lebih baik. Hati manusia juga bukanlah seperti kereta baru yang boleh di 'test drive'. Kalau suka terima, kalau tak suka buang begitu sahaja. Hati manusia diciptakan satu. Pasangannya ada pada yang lain. Bukan mudah bagi hati yang ikhlas dan jujur mencari pasangannya untuk menerima kalau bukan kerana hati itu benar2 bersedia. Mungkin ada hati di luar sana yang mengambil remeh hal ini. Beralih dari hati ke hati. Datang menyapa satu hati, kemudian berpindah ke hati yang lain dengan sekelip mata. Tahukah kita akan hati mereka yang ingin setia dan jujur pada hati yang sudah menyapa akan menjadi begitu terluka dan parah tatkala perkara2 tersebut berlaku. Ungkapan keramat yang selalu diucapkan cukup mudah. "we are not meant to be together. U deserve somebody better". Semudah itu ungkapan yang diberi setelah seribu batu perjalanan dan pengorbanan. Apakan daya, setiap insan punya pandangan berbeza tentang cinta. Namun begitu, manusia kadang2 lupa. Yang dikejar cinta manusia, yang ditinggal cinta Allah. Setelah dikecewakan, barulah kita tersedar dari lamunan. Kita lupa Allah, kita lupa nabi. Semua yang kita buat, bukan kerana Allah tetapi kerana insan yang dicintai. Biarpun ia membawa dosa, tetap kita kejar jua. Cinta yang sebenar memberi kekuatan untuk kita lebih dekat dengan Allah. Cinta yang sebenar memberi ketenangan dan kekuatan untuk kita perbanyakkan ibadat kepada Allah. Cinta yang membuat kita termenung lesu di atas katil bukanlah cinta, cuma nafsu semata-mata.

Moga Allah sentiasa bersama kita. Ya Allah, ampunilah khilaf hambaMu ini. Berikanlah cinta yang kau redhai, yang suci, yang murni, yang akan membawa kepada syurgaMu Ya Illahi.





2 comments: