Friday, August 19, 2011

Perkahwinan Amy Fadillah.

Bila rindu melanda diri ini, maka aku membuka beberapa file yg menyimpan gambar-gambar family. Masih byk gambar yang menyimpan seribu kenangan buat keluargaku. Antaranya adalah gambar perkahwinan kakakku baru-baru ini. Malas nak upload kat fb walaupun dah diminta byk kali oleh Kak Long. Sorrylah, sbb byk sgt gambar.

Hari Pertunangan


Bakal ibu mertua menyarungkan cincin kepada bakal menantu. That is my sister,Amy FAdillah.




Abah menyarungkan cincin kepada Nik Basrol, bakal menantu.

Bila 2 hati bersatu.......



Alhamdulillah. 2 kali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri.



Alhamdulillah, akhirnya 2 hati menjadi satu. Mereka sah menjadi suami isteri pada malam penuh sejarah ini.

Moga Allah memberkati mereka sehingga ke anak cucu.

My turn is next.hehe. Sementara itu, harus persiapkan diri menjadi bakal suami mithali. Aku ingin bimbing isteri ke syurga. InsyaAllah. =)

"Barakallahulakuma Wabaraka Alaikuma Wajama'a Bainakuma FilKhair."


Dan bukankah selepas hujan Allah turunkan pelangi

Assalamualaikum WBT,


Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahilazim


Salam Ramadhan, Salam selautan kesyukuran buat Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk diri kerdil ini untuk terus melangkah, bernafas sambil menikmati segala pemberian di bumi Allah ini. Sudah 19 hari menjengah ke bulan penuh barakah ini, dan sepanjang itu jugalah dapat merasai nikmat ibadah kepada Rabbul A'lamin. Walaupun sedikit nikmat sihat Allah tarik,demam selsema dan batuk, namun sebagai hamba, harus sentiasa ada syukur kerana sakit itu adalah kafarah dosa. Alhamdulillah, belum sampai tahap mudarat sehingga kena batalkan puasa. Jazakallahukhairankathira juga buat sahabat yg menghulurkan ubat yg serba sedikit membantu memulihkan. Itupun atas izin Allah Azzawajal.


Pejam celik pejam celik sudahpun masuk minggu ke 5 semester ke-2. Hari-hari sudah mula sibuk dengan persiapan untuk presentation dan juga assignment. Pantas sungguh masa berlalu. Bila diimbau kembali, terasa masa yang Allah kurniakan banyak yang dibazirkan. Benar firman Allah dalam surah Al-Asr.


"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". (Al-Asr)


Sisa umur berkurang setiap hari. Dosa-dosa pula makin bertambah. Terasa diri ini masih jauh dengan Allah. MAsih banyak perkara yang harus dibaiki dalam diri ini dalam perjalanan menuju Illahi. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.


Kusangka Panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari


Dalam kehidupan, tidak semua yang kita harapkan akan tercapai. Kadang-kadang, pasti ada yang terhalang di tengah jalan. Manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Tidak semua benda akan berakhir sebagaimana kehendak kita. Walaupun seribu daya kita usahakan, ketetapan Allah akan tetap berlaku jua. Sama ada kita suka atau tidak, kita harus redha dengan ketentuanNya. Yakinlah, bahawa setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dan yakinlah, bahawa Allah menetapkan yang terbaik bagi hambaNya. Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambaNya kerana Allah SWT sentiasa bersifat Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.


Firman Allah yang bermaksud,


“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44).


Firman Allah SWT lagi,


“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40).


Sebagai hamba Allah yang beriman, harus lahir rasa syukur dalam hati tatkala diberi ujian oleh Allah. 







Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin membuat kita kecewa dan putus asa, itu adalah pengajaran. Ada sesuatu yang perlu kita renungkan dan sekali gus pelajari daripada kepayahan atau kegagalan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.
Menurut Jaddal Atiff dalam tulisannya, hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh didikan langsung daripada Allah melalui ujian-Nya.
Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ada ujian untuk kesabaran, ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala. Siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah, maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya.
Allah berfirman yang bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Sementara itu, Anas meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya.
Firman Allah yang bermaksud:
“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.







Monday, August 15, 2011

Jangan bermain dengan harapan

Tatkala merenung kembali peristiwa lama, hati saya terasa begitu hampa. Harapan yang diberikan cukup tinggi sehinggakan pabila satu ketika ia hancur dengan sekelip mata. Jiwa ini terpinga-pinga dek sebab mengapa semua ini berlaku sekelip mata. Harapan yang diberikan tinggi menggunung seolah2 tidak akan runtuh lagi. Tetapi, akhirnya ia patah umpama dahan kayu yang rapuh ditiup angin. Sudah begitu banyak pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan, namun ia tidak terbalas. Mengapakan ada insan yang begitu mengambil mudah soal harapan terhadap hati seorang insan. Hati manusia bukanlah alat mainan yang boleh dimainkan di saat kebosanan dan dibuang di saat ada mainan yang lebih baik. Hati manusia juga bukanlah seperti kereta baru yang boleh di 'test drive'. Kalau suka terima, kalau tak suka buang begitu sahaja. Hati manusia diciptakan satu. Pasangannya ada pada yang lain. Bukan mudah bagi hati yang ikhlas dan jujur mencari pasangannya untuk menerima kalau bukan kerana hati itu benar2 bersedia. Mungkin ada hati di luar sana yang mengambil remeh hal ini. Beralih dari hati ke hati. Datang menyapa satu hati, kemudian berpindah ke hati yang lain dengan sekelip mata. Tahukah kita akan hati mereka yang ingin setia dan jujur pada hati yang sudah menyapa akan menjadi begitu terluka dan parah tatkala perkara2 tersebut berlaku. Ungkapan keramat yang selalu diucapkan cukup mudah. "we are not meant to be together. U deserve somebody better". Semudah itu ungkapan yang diberi setelah seribu batu perjalanan dan pengorbanan. Apakan daya, setiap insan punya pandangan berbeza tentang cinta. Namun begitu, manusia kadang2 lupa. Yang dikejar cinta manusia, yang ditinggal cinta Allah. Setelah dikecewakan, barulah kita tersedar dari lamunan. Kita lupa Allah, kita lupa nabi. Semua yang kita buat, bukan kerana Allah tetapi kerana insan yang dicintai. Biarpun ia membawa dosa, tetap kita kejar jua. Cinta yang sebenar memberi kekuatan untuk kita lebih dekat dengan Allah. Cinta yang sebenar memberi ketenangan dan kekuatan untuk kita perbanyakkan ibadat kepada Allah. Cinta yang membuat kita termenung lesu di atas katil bukanlah cinta, cuma nafsu semata-mata.

Moga Allah sentiasa bersama kita. Ya Allah, ampunilah khilaf hambaMu ini. Berikanlah cinta yang kau redhai, yang suci, yang murni, yang akan membawa kepada syurgaMu Ya Illahi.





Your Face is Bright Ya Muhammad


Assalamualaikum WBT.
Subhanallah Wabihamdihi Subhanallah Hilazim.

Bertempat di Federation Square, Melbourne, pasukan kompang melayu Victoria telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan bagi menghiburkan crowd yang hadir pada Festival Buddha Melbourne. Multicultural show yang melibatkan pelbagai latar belakang budaya dan agama ini berjaya menarik ramai penonton. Terasa beruntung kerana buat pertama kalinya dapat melaungkan dan memuji nama Rasul Junjungan ,Muhammad SAW di depan khalayak.




Ikhlaskah aku???

Bismilllahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Rabbul A'lamin kerana memberi kesempatan untukku menulis di ruangan blog yg sudah lama kesepian. Bukan kerana sibuk dek urusan seharian, tetapi kerana beban ujian yg Allah SWT turunkan terhadap hati yg lemah ini menyebabkan semangat ini hilang buat sementara waktu. Sebagai seorang yg bergelar Muslim, saya tahu saya tidak patut terlalu bersedih tatkala Allah memberikan ujian, namun keluhan hati yang lemah iman ini tidak mampu ditolak. Seringkali hati saya bertanya, "Mengapa harus begini?", "Mengapa aku diuji dengan keperitan ini?". Astagfirullahalazim, bila difikirkan balik, saya seolah-olah mempersoalkan Allah atas segala ujian yg diberi. Betapa kurangnya iman dan yakin dalam hati terhadap janji Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. 

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa Dia tidak akan menganiaya hambaNya walau sebesar zarah pun. Apatah lagi menyeksa hambaNya dengan ujian yang melampaui tahap kemampuan hambaNya. "Ya Allah, Engkau Maha Bijaksana dalam mengatur aturan hidup setiap insan. Apa yang berlaku sudahpun tertulis di Luh Mahfuz. Sebagai hambaMu, aku harus redha dengan ketentuanMu, bukannya mempersoalkanMu. Maafkan aku Ya Allah."

Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Hamba yang ikhlas mencari redha Allah pasti akan dipermudah segala urusannya. Alhamdulillah, berkat sabar dan solat, serta bacaan ayat-ayat Allah, hati yang selalu berombak kencang, akhirnya tenang umpama air di tasik. 

Allah SWT menyapa hamba-hambaNya yang beriman di dalam Al-Quran, "Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar". Ya Allah, memang disaat mendengar ayat ini, saya terus mendapat ketenangan dan keyakinan. Memang benar, hanya dengan sabar dan solat sahaja, kita akan mampu menghadapi segala bentuk ujian yang Allah bagi. Jangan kata kita beriman selagi mana kita tidak diuji. Anggaplah ujian itu satu tarbiyyah dari Allah agar kita kembali kepadaNya.

Teringat kata-kata hamka, seorang pendeta dan ulama tersohor di suatu ketika dahulu yang pernah berkata bahawa "Perasaan ialah garam kehidupan,dengan perasaan manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan,kelihatan bahagia dalam sengsara dan jernih masa depan dalam kekeruhan yang 
ada sekarang. Imbangan nada tinggi,melengking dengan nada rendah mengendur"

Manusia yang mempunyai fitrah cinta yang dianugerahkan Allah pastinya tidak dapat lari dari ujian yang melibatkan perasaan. Memang benar, perasaan adalah garam kehidupan. Perasaan sayang, suka, duka, sedih, derita dan banyak lagi adalah satu proses yang diperlukan oleh setiap manusia. Perasaan-perasaan ini akan mengajar manusia tentang realiti kehidupan yang bukannya indah belaka. Pasti ada pasang dan surutnya. Yang penting, di saat kita jatuh, kita bangkit dengan kekuatan yang baru. Dan ketika ketika kita di atas, jangan mudah alpa dan leka kerana semuanya datang dari Allah.

Perasaan sayang yang sebenar harus diberikan dengan penuh keikhlasan. Tanpa keikhlasan, sayang itu hanyalah pada kata2, namun tidak pada hati. Biarlah insan yang saya sayangi tak mampu saya miliki, saya redha dan kekal menyayangi walaupun di saat awalnya sangat pedih. Bila menyayangi seseorang dengan penuh keikhlasan, lama-kelamaan , perasaan pedih akan hilang. Di satu tahap, saya bersyukur pada Allah kerana ujian yang menimpa mengajar erti keikhlasan yang sebenar. Allah hanya nak melihat sejauh mana saya ikhlas membuat sesuatu. Kalaupun tidak mendapat balasan dari apa yang telah kita usahakan dan korbankan, saya hanya mampu redha dan bersyukur. Itulah namanya erti hidup pada memberi. Jangan menjadi manusia yang mengharapkan balasan atas setiap pertolongan mahupun kasih sayang yang kita tunjukkan. Biarlah Allah sahaja yang memberikan 'reward' kepada kita.

Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; Sesungguhnya Allah Taala tidak melihat tubuhmu dan tidak pula melihat ketampananmu tetapi Allah melihat hatimu. (Riwayat Muslim)

Semoga diri ini terus diberikan kekuatan oleh Allah. Walau apa pun berlaku, La TAhzan, Innallaha Maana.sekian, assalamualaikum.

Wednesday, April 13, 2011

Sekian lama menyepi

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dari arena blog ini, terdetik kembali dalam hatiku untuk menulis cebisan-cebisan pengalaman di perantauan yg kurasakan amat rugi kalau tak dikongsi. Dengan suasana belajar yang sudah mula sibuk, maklumlah dah second year, maka masa yang ada agak terhad. Namun, InsyaAllah, akanku kuatkan daya dan keringat untuk mencurah setiap plot hidup sebagai musafir di bumi Melbourne ini. Semoga Allah memberi kekuatan dan kelapangan. 


Sekian.

Selamat Hari Jadi Ibu

Tulisan untuk kali ini aku coretkan bersempena dengan hari jadi ibuku yang ke 53. Tanggal 20 Februari 2011,genaplah tempoh 53 tahun seorang wanita kental yang bernama Rohani Bt. Ismail mengharungi kehidupan sebagai insan yang bergelar wanita dan juga ibu.

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku